Thursday, November 15, 2007

ASAS SUMBER HUKUM ISLAM

1.AL-QUR’AN
Adalah perkataan Allah yang diturunkan keatas nabi s.a.w dalam bahasa Arab secara berperingkat-peringkat,mwmbacanya menjadi ibadat,ayat Al-Quran swcara umumnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu ayat-ayat makkiyyah dan madaniyah
2.AL-SUNNAH(AL-HADIS)
3.IJMAK ULAMA
4.QIYAS


Ada empat kategori mujtahid (orang yang layak berijtihad)iaitu:

1.Mujtahid Mutlak
Mereka adalah orang yang dapat memahami mentafsir dan mengeluarkan hukum-hakam dari Al-Quran dan hadis secara langsung,dengan kaedah sendiri, tanpa perlu bersandar pada mana-mana ulama dan tanpa perlu merujuk pada mana-mana kitab.
Kebanyakan ulama-ulama besar ini hidup dizaman salafussoleh (sekitar 300 tahun semasa dan selepas Rasulullah). Sepanjang sejarah terdapat seramai 71 orang yang dikenal pasti sebagai ulama yang bertaraf Mujtahid Mutlak dan mereka ini terkenal sebagai imam-imam mazhab.Mereka ialah:

Mazhab Saidatina Ai’syah ummul mukminin
Mazhab Imam Abdullah Ibnu Umar
Mazhab Imam Abdullah Ibnu Abbas
Mazhab Imam Ath’o
Mazhab Imam Abu Al-Harith Al-Laits bin Saad bin Abdurrahman Al-Fahmi(94H-175H)
Mazhab Imam Abu Sulaiman Daud bin Ali bin Kholaf Az Zohiri Al-Asbahani Rahimahullah(201H-270H)
Mazhab Imam Abu Hanifah (Hanafi) Rahimahullah.(80H=699M -150H=767M)
Mazhab Imam Malik Rahimahullah(93H-169H=785M)
Mazhab Imam Syafie Rahimahullah(150H=767M - 204 H=820M)
Mazhab Imam Ahmad Ibn Hambal Rahimahullah(241H=855M)
Mazhab Imam Sufyan As Tsauri Rahimahullah
Mazhab Imam Sufyan Ibn Uyaynah Rahimahullah
Mazhab Imam Ibn Jarir At Thobari Rahimahullah
Mazhab Imam Abdullah Ibn Mas’ud
Mazhab Imam Umar bin Abdul Aziz
Mazhab Imam Al-A’masy
Mazhab Imam Syu’bah
Mazhab Imam Ishak
Mazhab Imam Auza’i (Abu Amru Abdurrahman bin Muhammad Al-Auza’i)(88H-157H)Rahimahullah
Mazhab Said Ibnu Musayyab
Mazhab Hassan Al-Basri
Mazhab Ibn Sirin
Mazhab Al- Munziri(Ibn Munzir)
Mazhab Mujahid
Mazhab ibn Abi Laila
Mazhab Al Asham
Mazhab Syeikh Abdul Aziz Addirani
Mazhab Syeikh Syihabuddin Al-Barlisi
Mazhab Izzuddin Al-Maqdisi
Mazhab Ibrahim
Mazhab Yusuf
Mazhab Muhammad bin Hassan
Mazhab Al-Laits Ibn Said


2.Mujtahid Mazhab
Mereka mampu beritihad tentang maksud Al-Quran Dan Al-Hadis,dengan berdasarkan kepada kaedah yang digunakan oleh imam mazhab yang mereka ikuti,selain itu mereka juga faham tentang keempat-empat mazhab serta mampu untuk mengembangkannya kepada orang lain .Mereka yang sampai ketahap mujtahid Mazhab ini ialah:

1.Imam Abu Yusuf (Mazhab Hanafi),
2.Imam Muhammad Bin Hassan (Mazhab Hanafi)
3.Imam Abu Saur (Mazhab Syafie)
4.Imam Ar Rabi’ (Mazhab Syafie)
5.Imam Abu Ibrahim Ismail Al Muzani (Mazhab Syafie)
6.Imam Ar Rafi’e
7.Imam An Nawawi(pengarang bagi Al-Adzkar,Majmu Syarah Muhadzab.)

3.Mujtahid Fatwa

Mereka mendalami salah satu daripada mazhab yang empat dan mampu berijtihad atau berfatwa mengikut imam-imam mazhab yang diikutinya.mereka juga mampu untuk tarjih Qaul-qaul yang diperselisihkan antara mereka yang termasuk seperti Imam Rafie dan imam Nawawi yang terkenal di kalangan mereka ialah :

1.Imam At Thawiy (mazhab Hanafi)
2.Imam Al Ghazali (Mazhab Syafie)




4.Mujtahid Tarjih

Mereka ini tidak mendalami satu-satu mazhab Cuma mengkaji pendapat imam-imam mazhab tentang dalil –dalil mengenai beberapa hal atau hukum –hakam .Kemudian ditentukan imam mana yang lebih kuat hujahnya.Mereka juga bersandar pada satu-satu mazhab kerana mereka sendiri tidak mampu melahirkan mazhab sendiri.mereka terdiri daripada:

1.Imam Ar-Rafi
2.Imam An Nawawi
3.Imam Ibn Hajar Al Asqalani. (pengarang syarah
Bukhari,kitab yang diberi nama Fathul Bari.)

Syarat-syarat menjadi mujtahid

1.Islam dan bersifat (A’dalah)

2.Memahami makna-makna bagi lafaz Al Quran pada bahasa dan istilah syarak.

3.Mengetahui dan memahami sunnah nabawiah pada bahasa dan istilah syarak.

4.Mengetahui masalah-masalah yang telah diijmakkan oleh ulama-ulama yang terdahulu

5.MemahamiQias dan cara-caranya,iaitu dengan mengetahui akan illat-illat dan dasar-
dasar perundangan Islam (Al Maqasidut Tasyrik)

6.Mengetahui Nasikh dan Mansukh daripada Al Quran Dan As Sunnah.

7.Mengetahui Bahasa Arab untuk mentafsirkan Al-Quran Dan As Sunnah.

8.Memahami Ilmu Usul Fiqh iaitu asas bagi ijtihad dan mengeluarkan sesuatu hukum
daripada nas Al-Quran dan As-Sunnah.

9.Mempunyai kefahaman yang Sohih sehingga dapat membezakan diantara pendapat
yang sohih dan yang salah.




Takrif bagi masalah Salaf/Salafiyah dan Khalaf,Ulama Salaf juga turut dikenali sebagai golongan Mutaqoddimin iaitu golongan para sahabat dan Tabien yang hidup dalam tempoh(zaman) Rasullullah sehinggalah 300 tahun selepas kewafatan baginda,manakala takrifan bagi golongan Khalaf yang juga di sebut sebagai Mutaakhirin pula ialah mereka yang hidup selepas dari tempoh tersebut (selepas 300 tahun)




PERAWI-PERAWI HADIS (MUHADDISIN)
Pengenalan kepada individu-individu penting dalam sejarah perkembangan Islam.

Zaman Rasulullah Dan Khulafa Al-Rasyidin (Sohabah)
Sahabat ialah mereka yang hidup sezaman dengan rasulullah,walaupun tidak pernah bertemu dengan baginda seperti Raja Najasyi yang memeluk Islam dan mati sebelum sempat bertemu nabi.Begitu juga mereka-mereka yang sempat dan pernah bertemu dengan sahabat nabi juga digolongkan dalam kumpulan sahabat,antara mereka yang termasuk dalam kumpulan ini ialah seperti:


SAIYIDINA ABU BAKR AS-SIDDIQ(573M- 13H)
Beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah Othman bin A’mir bin Amru bin Ka’ab bin Saad bin Tim Bin Murrah bin Luay Bin Ghalib bin fihr Al-Quraisy.Dilahirkan diMekah pada tahun 573M dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 13Hserta dikebumikan disisi kekasihnya Rasulullah Sallallahualaihiwassallam.

SAIYIDINA UMAR AL- KHATTAB(584M-23H)
Beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribah Bin Abdullah bin Qart bin Rizah bin Addi bin Ka’ab bin luay Al-Quraisy.Dikahirkan dimekah pada tahun 584 H dan menemui syahid dimadinah pada tahun 23H juga dikebumikan disisi Rasulullah Sallallahu alaihiwassalam.

SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN(577M-36H)
Beliau ialah Othman bin Affan bin abi Al-Ash bin umaiyah bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Ghalib Al Umawi Al-Quraisyi,dilahirkam di Mekah pada tahun 577M dan syahid di Madinah pada tahun 35H serta dikebumikan di kawasan perquburan Baqi’.

ALI BIN ABI TALIB(603M-40H)
Beliau ialah Abu Al-Hassan Ali Bin Abi Talib bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdi Manaf Bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin fihr bin malik bin Nadhar bin Kinanah.Dilahirkan di Mekah pada 603M dan Syahid di Kufah pada tahun 40H.